Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...
Ya Allah Ya Tuhanku , Tiada Tuhan yang berhak disembah selain DIA ..
kini aku temui destinasi cintaku ..
lepas hampir 21 tahun aku hidup diatas bumi Mu ini , baru aku temui destinasi cintaku ..
lepas hampir 21 tahun baru aku tersedar siapa aku yang sebenarnya ..
lepas hampir 21 tahun baru aku tunduk dgnMu ..
lepas hampir 21 tahun baru aku igt akanMu ..
lepas hampir 21 tahun baru aku berzikir pada Mu ..
lepas hampir 21 tahun baru aku sedar tujuan aku dihidupkan ..
lepas hampir 21 tahun baru aku tahu hakikat sebenar kematian ..
lepas hampir 21 tahun baru aku sedar aurat telah lama terbuka ..
lepas hampir 21 tahun baru aku jatuh , tunduk , sujud menangis menghadap Mu ..
Astaghfirullahaladzim ...
lepas hampir 21 tahun Ya Allah .. 21 tahun !
Kau beri aku hidup selama hampir 21 tahun ,
kenapa aku begitu jahil ,
kenapa aku begitu kejam dgn diriku sndiri ..
kenapa aku jauh jauh dari Mu ..
kenapa aku sombong dgn Mu Ya ALLAH ..
Astaghfirullahaladzim ..
ampunkan dosa-dosa ku !
aku malu menghadap Mu Ya Allah ..
terima kasih Ya Allah , terima kasih ..
kerana sudi memandang ku ,, kerana sudi sedarkan aku walaupun telah
terlalu byk dosa2 ku ..
tolonglah Ya Allah , jgn jauh dari aku ..
hanya Kau yang aku perlukan sekarang ..
hanya Kau ..
SubhanAllah ..
AllahuAkbar ..
Alhamdulillah ,,
terima kasih Ya Allah ..
sekarang aku dah temui DESTINASI CINTA aku yang sebenar ....
alhamdulillah ........
0 comments:
Post a Comment